Wira Warisan Putatan dinasihati tarik balik kenyataan dalam page “Borneo Voice” – APS

0

KENINGAU: NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS) terkilan dengan kenyataan
Ketua Wira Warisan Putatan Mohd Firdaus Duin yang tular di dalam sebuah
page “Borneo voice” yang berbaur hasutan dan meminta pihak terbabit menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada warga tempatan Sabah.

Naib Presidennya Paul Kadau (pic) berkata, kenyataan Firdaus dimuat naik satu artikel tulisan memberi amaran pada rakyat Sabah supaya jangan mempersoalkan atau membuat penghinaan isu pendatang asing tanpa izin (PTI) diSabah.

Antara lain tulisan Firdaus menyalahkan kempen keterlaluan Cybertroper
pembangkang membenci orang asing telah membawa padah selepas  beberapa siri pergaduhan orang asing dengan orang tempatan berlaku sehingga membawa maut.

Dakwanya lagi, ada kewajaran pihak berkuasa tidak boleh bertolak ansur dengan Cybertrooper pembangkang yang tidak henti-henti membuat
propaganda menyebar anti orang luar, sehingga menimbulkan ketidaktenteraman awam terutama PTI yang menjadi sasaran kerana mereka adalah golongan yang hina di mata mereka (pembangkang).

“ Menghina golongan ini bukan cara penyelesaian yang baik kerana kita ada peraturan yang sedia ada untuk menangani isu ini,”  tulis Mohd Firdaus Duin Ketua Wira Warisan Putatan.

Sementara itu, Paul ketika mengulas dan berkata, tindakan Firdaus telah mendapat perhatian rakyat Sabah kerana selepas mengamati kenyataannya seolah olah dia lebih condong untuk membela orang asing yang melakukan jenayah yang tidak disukai oleh rakyat tempatan.

Bagaimana pun, Paul bertanya bahawa kejadian baru baru ini seperti pada 24.5.19 – Kes samun & bunuh pemandu Grab Pelaku – warga asing, pada 30.5.19 – Kes pukul di Inanam Pelaku – warga asing, pada 8.6.19 –  Kessamun di Tuaran Pelaku – warga asing, pada 9.6.19 – Kes pukul di Ranau Pelaku – warga asing, pada 10.6.19 – Kes bunuh di Tawau Pelaku – warga asing dan pada 11.6.19 – Kes pukul di Petagas Pelaku – warga asing, adakah masyarakat sekeliling gembira melihat insiden itu dan berdiam diri?.

“ Adakah insiden ini yang dikatakan Firdaus sebagai rasis dan menghina PTI?…inilah antara perkara perkara yang dilakukan PTI dan tidak di senangi segenap lapisan masyarakat Sabah kerana keselahan membunuh,
merompak, menyamun dan peras ugut.

“ Kami juga manusia biasa sepertimana masyarakat PTI, kami boleh bertolak ansur dan menghormati kehadiran mereka…tetapi kenalah ikut
undang undang/The Rule of Law, seseorang itu diharuskan memiliki dokumen yang sah, berkelakuan baik…kalau kriteria itu semua ada, tidak salah duduk disini dengan aman,” kata Paul ketika memberitahu pemberita pada Ahad.

Paul berkata, kita ingin bertanya  AMT Parti Warisan adakah parti itu mengeluarkan arahan kepada Wira Parti Warisan berkenaan berbuat demikian dan jikalau  tidak apakah tindakan mereka. Kedua, apakah pendirian pemimpin KDM dalam Parti Warisan, seperti pemimpin UPKO, DAP dan PKR.

Jikalau mereka bertindak berdiam diri bererti mereka merestui tindakan Ketua Wira Warisan Putatan atau jika UPKO tidak setuju kenyataan pihak terbabit, UPKO harus keluar serta merta daripada kerajaan Warisan, tegas Paul. -pr/BNN