UMNO Sabah desak kerajaan Negeri siasat aktiviti pembalakan di bukit Quoin Tawau

0
138
Kayu-kayu Belian yang sedia untuk diangkut keluar.
Ghazalie Ansing

KOTA KINABALU: UMNO Sabah hari ini mendesak Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua Menteri agar menyiasat aktiviti pembalakan dan pengeluaran kayu belian yang didakwa sedang berlaku di Jabatan Pertanian Bukit Quoin Tawau.

Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah, Encik Ghazalie Ansing berkata, beliau yang mendapat maklumat awal mengenai aktiviti itu telah meninjau kawasan berkenaan.

Keadaan kayu belian yang sudah dipotong dan sedia untuk diangkut keluar.

“Saya sendiri telah meninjau dan mendapatkan maklumat awal bahawa terdapat kontraktor berbangsa “Cina” yang telah mendapat “wahyu” dari Kerajaan Negeri dan “orang kuat” bagi mendapat “keistimewaan” bagi mengeluarkan kayu tersebut.”

Mengikut tinjauan kasar saya lebih kuran 2000m3 telah di potong dan menanti masa untuk di angkut keluar”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ghazalie yang juga pemangku Ketua Bahagian UMNO Tawau berkata ,pengeluaran kayu belian telah di hentikan semenjak pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, lebih-lebih lagi di dalam tanah milik penuh kerajaan.

“Adakah Sabah Baru kini menghalalkan segala cara bagi merompak hasil bumi Sabah.

“Saya mendesak semua pihak berkuasa berkaitan serta merta menyiasat perkara ini khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perhutanan, MTIB dan semua yang berkenaan, kerana ini adalah penyalahgunaan kuasa yang terang dan nyata.

“Adakah Wakil Rakyat kawasan berkenaan juga terlibat dalam hal ini?”, soal beliau.-pr/BNN