TENOM: NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS) menggesa Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya agar meneruskan pemburuan Peguam Micheal P Ubu sebagai saksi utama kes penjualan tanah “orang asal” bernilai RM155 juta kepada Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
Naib Presidennya Paul Kadau (pic), berkata, hanya dengan tertangkapnya
saksi utama Micheal Ubu maka akan terjawablah siapa dalang sebenar disebalik kes penjualan tanah bernilai RM155 juta kepada Risda seterusnya dapat menyelesaikan kes tertunggak itu, katanya.
Bagaimana pun ketika kes tersebut mula terbongkar sekitar tahun 2017,
Micheal Persius Ubu 62, gagal hadir di pejabat SPRM walaupun dipanggil bersama Naib Presiden Warisan Peter Anthony yang kini menteri pembangunan infrastruktur Sabah, katanya.
Tambahnya, kini sandaran harapan dibahu SPRM dibawah kepimpinan baharu ini diyakini mempunyai strategi paling berkesan untuk melaksanakan pemburuan kehilangan misteri saksi utamanya Peguam Michael P Ubu untuk membantu siasatan keatas kes yang terbongkar pada tahun 2017 itu, katanya.
Kes itu melibatkan penjualan 2 bidang tanah di Tongod kepada Risda pada 2014. Urusan jual beli itu gagal walaupun bayaran pendahuluan telah dibayar oleh Risda, didakwa melalui firma guaman milik Ubu.
Paul menambah, kes tersebut dikategorikan berprofil tinggi kerana ia juga membabitkan Ketua Menteri Shafie Apdal, yang merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pada masa itu, dan seorang Naib Presiden Parti Warisan (ketika itu) dan kini seorang Menteri Kabinet Sabah.
“ Seperti yang saya katakan kepada sebuah portal sebelum ini, bahawa orang Sabah tidak sabar melihat keputusan akhir siasatan terhadap mereka yang cuba menjual tanah itu, yang berstatus tanah orang asal.
“ Selagi kes tidak selesai, selagi itu cerita berhubung isu ini menjadi santapan orang awam sama ada dikedai kopi mahupun diwarung warung atau dimajlis majlis…(dan) kita kasihan dan simpati jugakepada pemimpin yang terkait didalam kes ini jika mereka tidak terlibat…kita juga mahu bersikap adil.
“ Kerajaan yang ada juga perlu bersikap adil, bukan sekadar kes Jho Low dan 1MDB sahaja yang menjadi buruan utama, tetapi kes kes rasuah diSabah yang melibatkan “ikan jerung’ juga perlu diburu sama ada kerajaan lalu atau sekarang,” katanya.
Selain itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu diminta supaya buka semula fail kes kes rasuah yang tergantung semasa kerajaan BN/Umno berasaskan “The Rules Of Law” walau pun mereka/pemimpin masa kini berada di pihak kerajaan terutama sekali kes rasuah di Sabah.
Rakyat tahu banyak kes rasuah di Sabah yang belum di selesaikan oleh kerana pelaku pelaku rasuah bijak dimana selepas kerajaan yang baharu dibentuk mereka cepat cepat cari jalan untuk menyertai parti parti yang baru dibentuk dan menyertai kerajaan agar kedudukan mereka terselamat, katanya.
Paul berkata, seperti yang umum tahu bahawa kes rasuah bukan sahaja melibatkan kewangan tetapi termasuklah pemberian projek tanpa melaluitender dan perlantikan ketua ketua Jabatan dimana mungkin individu yang dilantik mempunyai kes/salah laku dimasa lalu, maka perlantikan seperti itu juga disifat sebagai salah guna kuasa.-pr/BNN