Cyrilla Loraine bt Collins John johan MGM Pesta Magahau Zon Kudat 2019

0
319
Encik Jose Modsinupu (empat dari kanan) menerima cenderamata daripada penganjur di majlis itu.

KUDAT :  Cyrilla Loraine Bt Collins John dinobatkan  sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM)  Pesta Magahau Zon Kudat 2019  yang diadakan di Dewan Terbuka Kg Masanggkong, semalam.

Gimpuhut (Johan) MGM Pesta Magahau Zon Kudat 2019 Cik Cyrilla Loraine Bt Collins John (tengah) bersama Cik Marelvianvy Teofilus Naib Johan (Kanan) dan Cik Lvianinah Mojium (Kiri)

Cik  Marelvianvy Teofilis dan Cik Lvianinah Mojium masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga.

Cik Cyrilla Loraine Bt Collins John juga dinobatkan sebagai Miss Popular  bagi Zon Kudat selepas mendapat undian terbanyak.

Cik Stephanie Heng Lee Yun pula dipilih sebagai model of the year bagi kawasan Zon Kudat.

Mereka masing-masing akan mewakili Kudat bagi Johan, Simpang Mengayau bagi Naib Johan manakala tempat Ketiga mewakil Sikuati ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos 2019.

Bagi Mitarab Mindolongoi (Monurizak- pertandingan nyanyian) johan dimenangi oleh Encik Raynel Botohong. Manakala Encik Leffie Sawat dan  Cik Evalevera Ronald masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Mereka masing-masing akan mewakili Kudat, Simpang Mengayau dan Sikuati  ke Pertandingan / Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.

Timbalan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora), Encik Jose Modsinupu yang juga Pengerusi Penganjur Pesta Magahau Peringkat Negeri 2019 telah merasmikan majlis itu.

Turut hadir ialah Pengerusi MGM, Puan Ruhini Andong. Pengerusi Monurizak Encik Charles Osingko,Pengerusi Monurizak Zon Kudat Encik Arhadshah Angkangon, Ahli Penel Penasihat Samora, Encik Majamil Tuarong,  Naib Presiden  Samora, Encik Johori Botohong, Timbalan Pengerusi Pesta Magahau Zon Kudat, Encik Rozan Bin Assam dan ahli jawatankuasa MGM Induk Pesta Magahau 2019.

Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).

Selain Zon Kudat,  baki 2  zon lagi yang  akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini, iaitu Zon Beluran ( 27Julai 2019) dan Zon Kota Marudu (28 Julai 2019).-pr/BNN