Ulangtahun pertama penubuhan Kadazan Society Sabah Cawangan Sepanggar

0
110
Marcel (centre), Lim, Azhar and other community leaders cutting the anniversary cake.
KOTA KINABALU: Kadazan Society Sabah (KSS) Cawangan Sepanggar menyambut ulangtahun pertama penubuhannya di majlis yang diadakan di kediaman Pengerusinya, Datuk Andrew Lim, di Jalan Kionsom, Inanam, di sini, pada Sabtu lepas (July 20).
Majlis dimeriahkan dengan acara memotong kek ulangtahun dan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar Kadazan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Lim, dalam ucapannya, mengajak mereka yang belum menyertai KSS agar sudi berbuat demikian kerana matlamat dan tujuan sebenar KSS pada amnya demi kebaikan masyarakat Kadazan itu sendiri.
“Pemeliharaan identity budaya suku Kadazan terletak di bahu masyarakat itu sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi yang harus memeliharanya,” katanya.
Beliau berkata pada dasarnya, sejak KSS Sepanggar tertubuh, mereka telah pun merangka pelbagai program termasuk menambah keahlian dan yang berbentuk kemasyarakatan.
 “Walaupun pergerakan begitu terbatas atas sebab beberapa kekurangan namun ianya tidak melemahkan pertubuhan ini bergiat aktif ke hadapan dengan komitmen.
“KSS Cawangan Sepanggar bersama KSS pusat mempunyai komitmen dan inisiatif untuk memelihara and memartabatkan suku kadazan, dan supaya identity suku kadazan dan budayanya sentiasa dipertahankan menerusi perjuangan dalam KSS,” katanya.
Presiden KSS, Datuk Marcel Leiking, Pembantu Menteri Perdagangan dan Industri merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Karambunai, Haji Azhar Datuk Matussin, ahli-ahli Komiti Cawangan dan beberapa pemimpin setempat yang lain turut hadir di majlis tersebut. -pr/BNN