Sizlin Zitol Johan Mgm Pesta Magahau Zon Kota Marudu 2019

0
177
Johan MGM Pesta Magahau Zon Kota Marudu 2019 Cik Sizlin Zitol (tengah) bersama Cik Lucia Bangangga Naib Johan (Kiri) dan Cik Viana Mojikol (Kanan)

KOTA MARUDU :  Cik Sizlin Zitol dinobatkan  sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM)  Pesta Magahau Zon Kota Marudu 2019  yang diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu, semalam.

Cik Lucia Bangangga dan Cik Viana Mojikol masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga.

Sementara Cik Lisa Joseph dinobatkan sebagai Miss Popular  bagi Zon Kota Marudu selepas mendapat undian terbanyak.

Manakala Cik Jessie Anne James pula dipilih sebagai ‘model of the year’ bagi kawasan Zon Kota Marudu.

Mereka masing-masing akan mewakili Kota Marudu bagi Johan, Tandek bagi Naib Johan manakala tempat Ketiga mewakil Langkon ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos 2019.

Bagi Mitarab Mindolongoi (Monurizak- pertandingan nyanyian) johan dimenangi oleh Cik Farhana Francis Manakala Encik Ronny Pue dan  Encik  Ronn Langad masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Mereka masing-masing akan mewakili Kota Marudu, Tandek dan Langkon  ke Pertandingan / Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.

Johan Monurizak (Pertandingan Nyanyian) Cik Farhana Francis (tengah) bersama Encik Ronn Langad (Kiri) dan Encik Ronny Pue (Kanan).

Hadiah iringan MGM dan Monurizak ditaja oleh En.Affiezul Dollah dan Pn.Haslinah Anjam pemilik dan pengurus Restoran Teratak Kota Belud.

Gala nite Pesta Magahau zon Kota Marudu berkonsepkan pakaian dress dan kameja  kontemporary pakaian rungus berwarna merah dan hitam.

Ketua Bahagian Warisan P.168 Marudu,  Encik Majamis Timbuong telah merasmikan pesta itu mewakili  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Datuk Anita Baranting.

Turut hadir ialah Naib Presiden  SAMORA merangkap Pengerusi Induk Pesta Magahau, Encik Jose Madsinupu, Pengerusi MGM, Puan Ruhini Andong. Pengerusi Monurizak, Encik Charles Osingko, Ketua Daerah OKK Jominit Kabohe, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N.4 Matunggong,  Encik Barlus Mangabis , PPM N.5 Tandek, Suzie Salapan dan pemimpin masyarakat setempat.

Encik Majamis Timbuong memukul gong sebagai simbolik merasmikan Pesta Magahau Zon Kota Marudu 2019.

Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).-pr/BNN