Shafie hadir Fit Malaysia Edisi Sabah 2019

0
105
TAWAU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal menghadiri Fit Malaysia Edisi Sabah 2019 dekat sini pagi tadi.
Program anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta Majlis Perbandaran Tawau tersebut telah menarik penyertaan lebih kurang dua puluh ribu peserta.
Turut hadir, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Ginger Poon, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Arunarnsin Taib, Pembantu Menteri Kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ir Amrullah Haji Kamal, Presiden Majlis Perbandaran Tawau.-pr/BNN