Terisellah Kain Johan MGM Pesta Magahau Peringkat Negeri 2019

0
450
Johan MGM, Terisellah Kain (tengah) bersama Cyirlla Loraine (kiri) dan Sizlin Zitol (kanan).
Para pemenang Mitarab Gimpuhut Magahau (MGM) 2019 bersama hadiah mereka.

MATUNGGONG: Terisellah Kain dinobatkan sebagai johan Mitarab Gimpuhut Magahau (MGM) Pesta Magahau Peringkat Negeri  2019 yang diadakan di Dewan Terbuka Matunggong, Sabtu lalu.

Terisellah membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10 ribu,trofi,tiara,sash dan jambangan bunga serta tiket pergi balik ke Melbourne Australia.

Naib johan dimenangi oleh Cyirlla Loraine dan tempat ketiga disandang oleh Sizlin Zitol. Selain menang tempat ketiga, Sizlin turut menerima anugerah Gimpuhut Vasi Momilang.

Cyirlla Loraine membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3 ribu ,trofi dan jambangan bunga. Manakala Sizlin membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2 ribu,trofi dan jambangan bunga.

Pemenang Mitarab Monurizak Peringkat Negeri 2019. Medkhatu Simpong (tengah) bersama Stefanus Nodibil (kanan) dan Leffih Sawat (kiri).

Tempat keempat dimenangi oleh Ezther Sherilyn Joseph.  Tempat kelima disandang oleh Suzie Angelin. Manakala tempat keenam dan ketujuh masing-masing dimenangi oleh Vycentha Karen Vitalis dan Haniza Matihon.

Terisellah Kain turut menerima anugerah Gimpuhut Avantang Tiningkokoton. Gimpuhut Osuau dimenangi oleh Haniza Matihon.

Anugerah Gimpuhut Kaanggakkan dimenangi oleh Jevlinah Lingkin. Manakala Gimpuhut Real Beauty dimenangi oleh Marinah Doksil.

Bagi  Mitarab Monurizak, Johan dimenangi oleh Medkhatu Simpong. Naib johan dimenangi oleh Stefanus Nodibil. Tempat ketiga dimenangi oleh Leffih Sawah.

Medkhatu turut dipilih sebagai Vokal Terbaik, manakala Persembahan Terbaik dimenangi oleh Ronney Pue.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Encik Ariffin Asgali telah merasmikan Pesta Magahau 2019.

.Encik Ariffin Asgali (kiri) menerima cenderamata daripada Encik Jose Madsinupu di majlis itu.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri, Encik Francis Au, Timbalan Presiden 1 Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA),  Encik Markus Suman , Timbalan Presiden SAMORA merangkap Pengerusi Pesta Magahau, Encik Jose Madsinupu, Ketua Wanita Warisan P 168 Puan Maini Tapah, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM),  Suzie Salapan, CDO, Nuriah Jomirun, Ketua Daerah OKK Jominit Kobuhe, Ahli-ahli Majlis Tertinggi SAMORA, Pengerusi MGM merangkap Bendahari Induk Pesta Magahau Puan Ruhini Andong,Pengerusi Mitarab Monurizak, Enci Charles Osingko,Pengerusi BOTB, Encik Fready Bogirun dan
pemimpin masyarakat setempat.-pr/BNN