KOTA KINABALU: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir telah diberi taklimat berhubung Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 Siri 1 oleh Pengarah Audit Negeri Sabah, Puan Patimah Ramuji (duduk, dua dari kanan) di Bangunan DUN Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menjadi ahli PAC terdiri oleh Encik Robert Tawik (Bingkor), Encik Jamawi Jaafar, (Kemabong), Encik Tan Lee Fatt (Likas), Puan Julita Majungki (Matunggong), Encik Matbali Musah (Lumadan), Datuk Bolkiah Ismail (Pitas) dan Terrance Siambun (ADUN dilantik).
Turut hadir ialah Setiausaha DUN Sabah, Shafaruddin Halide yang juga Setiausaha PAC Sabah, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk (Datu) Rosmadi Sulai dan wakil-wakil jabatan berkaitan.
Kelihatan dalam gambar, Abidin (duduk, tengah) dan Shafaruddin (duduk, dua dari kiri) bersama Patimah dan ahli-ahli PAC Negeri Sabah yang lain.-p/BNN