Presiden MPS harus berkerjasama dengan pihak yang berkuasa

0
177
Naim Moktar

KOTA KINABALU: Membangkitkan soalan daripada rakyat ialah tanggungjawab masyarakat semoga pihak yang berkuasa boleh bertindak.

Mengikut Naim Moktar,
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah, semua isu yang dilaporkan oleh Pemuda UMNO Sabah sudah di siar dalam portal berita serta media sosial.

Beliau merujuk kepada kepada kenyataan media Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Peter Hii.

Dalam satu kenyataan akhbar Naim berkata presiden MPS seorang yang berintegriti dan harus kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), bukannya mengugut dengan saman.

Adakah ini definisi ‘kerajaan baharu’ di mana menjadikan ugutan sebagai modal kepada orang awam yang menuntut keadilan sepatutnya ke atas tuduhan yang dilemparkan oleh portal-portal berita, soal beliau.

“Sekiranya budaya mengugut saman ini diteruskan, bagaimana masyarakat yang bertanggungjawab dapat melakukan teguran untuk ‘check and balance’ terhadap kerajaan sekarang,” tambah beliau.

“Masyarakat telah memilih anda menjadi pemimpin bukan kerana untuk memberi anda pangkat dan harta semata tetapi terus berkhidmat kepada semua dengan jujur, amanah dan penuh integriti.”

Melakukan ugut-ugutan kepada masyarakat yang prihatin hanya akan menambahkan benci dan marah kepada kerajaan sekarang, ujar beliau.

“‘Sabah Ubah’ bukan bermakna anda ada lesen besar untuk membuli masyarakat.”-pr/BNN