KOTA KINABALU: Ahli Parlimen kawasan Penampang Datuk Ignatius Darell Leiking dipetik berkata setiap kali kementeriannya mengumumkan berita positif, sesetengah pihak mendakwa ia adalah hasil kerja kerajaan lepas.
Ir. Abdul Aziz Julkarnain Ketua Pemuda Umno Sabah dalam satu kenyataan akhbar berkata mungkin beliau (Darrel) lupa bahawa kerajaan pada hari ini masih mempunyai kakitangan dan kepakaran yang hampir sama dengan kerajaan lepas.
Cuma yang membezakan adalah perubahan-perubahan jawatan-jawatan tertinggi yang penting dan strategik seperti Menteri-menteri, pengarah-pengarah agensi-agensi kerajaan, pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan dan yang seumpamanya, katanya.
“Analogi ini boleh dibandingkan dengan mudah seperti perbandingan pengurus syarikat yang baru mengambil alih pentadbiran syarikat daripada bekas pengurus yang lama,” kata beliau.
Darell yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga berkata
“Jadi dalam kes ini, jika dia menuduh kerajaan Warisan sebagai punca kemerosotan KDNK negeri Sabah, maka mudah bagi saya untuk berkata bahawa ia juga berpunca daripada pentadbiran sebelum ini, katanya. – Petikan dari Malaysiakini https://m.
“Apabila pengurus yang baru ini gagal mencatat keuntungan, maka beliaupun mula menyalahkan pengurus lama padahal sebelum itu syarikat yang sama, dengan kakitangan dan kepakaran yang sama, telah mencatatkan keuntungan yang besar dan berjaya menambah pelaburan yang lebih banyak,” tambahnya lagi.
“Inilah analogi perbandingan sebenar yang berlaku di negara ini apabila kerajaan baharu (dengan kakitangan yang sama) lebih cenderung menyalahkan pentadbiran lama berbanding mengakui kesilapan sendiri yang banyak kepincangannya. Ternyata lebih mudah menuding jari berbanding mengakui kesilapan sendiri.”
“Berbalik kepada konteks negeri Sabah, persoalannya bagaimana kerajaan Warisan-PH yang mempunyai kakitangan dan asas pentadbiran yang sama dengan kerajaan BN dahulu boleh mencatat kadar pertumbuhan yang terburuk di negara ini hanya dalam jangka masa kurang dari 7 bulan? Amat menghairankan, bukan? Saya fikir bezanya hanya satu, pemimpin-pemimpin sekarang kekurangan komitmen dan halatuju jelas untuk memajukan negeri ini,” kata Abdul Aziz.
“Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lepas, kami telah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk negeri ini dengan pelbagai rencana pembangunan demi pembangunan sehingga mencatat kadar pertumbuhan tertinggi di negara ini.”
Menurut beliau, antara rencana pembangunan-pembangunan tersebut seperti Projek Jajaran Lebuhraya Pan Borneo yang menelan kos berharga RM12.5 billion, projek gas & minyak SOGT di Kimanis, Sipitang SOGIP, Sipitang SAMUR, Hab Pendidikan Sandakan, Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit Lahad Datu & Sandakan dan banyak lagi.
“Kami juga telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini secara drastik kurang dari 7 tahun. Contohnya, pada tahun 2009, kadar kemiskinan berada pada angka 19.7% tetapi menjelang tahun 2016 kadar kemiskinan telah berkurang secara ketara kepada angka 2.9%.”
Ini jelas menunjukkan, kerajaan kami yang lepas benar-benar telah menjaga penduduk di negeri ini dengan sebaik yang mungkin sehinggalah diambil alih oleh kerajaan Warisan-PH. Hanya dalam masa kurang 7 bulan, kadar pengangguran telah meningkat kepada 5.8%, satu angka yang tertinggi di negara ini berbanding negeri-negeri lain, tegas nya.
“Darell, negeri ini hebat dengan sumber-sumber aslinya seperti gas & minyak mineral, flora dan fauna yang kaya dan banyak lagi. Negeri ini juga mempunyai industri pelancongan yang terbaik di negara ini dengan nilai industri sebanyak RM7.8 billion. Selain itu, bandaraya Kota Kinabalu juga telah dinamakan sebagai antara bandaraya terbaik di dunia untuk diduduki pada tahun 2017 oleh Live and Invest Overseas.”
“Persoalannya, dengan segala asas dan fundamental hebat yang telah kami cipta dan hamparkan selama ini, mengapa kamu gagal pertahankan kejayaan demi kejayaan yang kami cipta dan bina selama ini?”.
“Mengapa perlu kamu rosakkan ekonomi negeri ini? Mengapa kamu binasakan kemakmuran hidup penduduk negeri ini? Saya fikir pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang lebih suka beretorik politik seperti Sabah Ubah! dan Sabah Kita Punya! Apakah sebenarnya maksud retorik politik Sabah Kita Punya!?”-pr/BNN