TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, di sini pada Rabu.

Beliau bersama Ahli Parlimen Tuaran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Wilfred Madius Tangau; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan ADUN dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin.

Terdahulu, Ketua Menteri menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor di Kampung Serusup, Tuaran bersama penduduk di sekitar kampung berkenaan.

Hajiji turut mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha.-pr/BNN