NABAWAN: Rakyat pasti akan kembali memberi sokongan dan mandat kepada
Parti Bersatu Sabah (PBS) pada pilihanraya umum kali ke-15 (PRU15)
setelah menyedari bahawa kerajaan Parti Warisan/Pakatan Harapan
(PWS/PH) gagal merancang halatuju pembangunan Sabah dengan teratur.
Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, sesebuah kerajaan yang baharu dibentuk haruslah mempunyai pelan
perancangan atau halatuju yang tersusun untuk membangun negeri dan juga penyusunan masyarakat dikawasan luar bandar, katanya.
Rakyat Nabawan Pensiangan pasti akan memilih PBS sebagai wadah perjuangan mereka pada pilihanraya umum ke-15 (PRU15) akan datang
adalah kerana PBS mempunyai track rekod yang terbaik dan berpengalaman luas pernah menjadi kerajaan selama sembilan tahun suatu ketika dahulu, katanaya.
Tegasnya lagi, Nabawan yang mempunyai pengundi 98 peratus dari
kalangan orang Murut sudah tentu memilih PBS sebuah parti berbilang
kaum sejak penubuhannya sudah tentu masyarakat pengundi
Nabawan/Pensiangan tidak mudah lupa akan jasa parti itu kepada rakyatnya, katanya.
“ Mari bangkit bersama berjuang mempertahankan kegemilangan PBS sejak
penubuhannya tahun 1985 yang banyak memperjuangkan hak hak asasi kita,
menyuburkan demokrasi dan mengkaji pemberian dokumen Kad Pengenalan
menerusi pintu belakang,” katanya ketika melancarkan penyelarasan enam
cawangan Mukim Pensiangan pada baru baru ini.
Terdahulu, Ketua Cawangan PBS Kg Sibangali Pensiangan Ampungut Angasab PBS (gambar) berkata, beliau sudah memikirkan bahawa PBS
boleh berkuasa kembali dan boleh membawa kawasan itu membangun.
Beliau berkata, mereka sudah muak dengan janji-janji kosong kerajaan yang ada sekarang dimana satu pun daripada janji janjinya belum ada
yang tertunai terutamanya janji-janji dalam manifesto pilihanraya yang baru lalu, katanya.
Manakala Munsuh Ambong (gambar) Ketua Cawangan Kg Pagalungan berkata, beliau sangat optimis PBS akan mendapat tempat dihati rakyat Nabawan Pensiangan kerana ramai pengundi tidak berpuashati dan tidak yakin kerajaan baru ini yang belum menampakkan halatuju yang boleh membawa kesejahteraan rakyat.
Lima cawangan kawasan Mukim Pensiangan yang telah diselaraskan pada
baru baru ini diketuai oleh Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Radin Malleh.
Turut hadir, Stanis Buandi Ahli Majlis Tertinggi PBS Pusat, Ketua Bahagian PBS Liawan Zachary Kinsik, Setiausaha Bahagian PBS Melalap Simon Mamat dan para AJK Bahagian PBS Nabawan.-pr/BNN