BERSATU Kimanis sokong penggunaan SOSMA demi keselamatan Negara

0
312
Mohd.Arifin (kanan) berucap di majlis itu.

KIMANIS: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kimanis menyokong keputusan Kerajaan menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi menangani ancaman pengganas demi keselamatan negara.

Mohd.Arifin (kanan) berucap di majlis itu.

Ketua Bersatu Bahagian Kimanis, Datuk Haji Mohd.Arifin Haji Mohd.Arif berkata, penggunaan SOSMA oleh pihak berkuasa keselamatan wajar disokong oleh semua pihak, termasuk rakyat jelata.

“Seperti yang telah ditegaskan oleh Perdana Menteri (PM), Tun Dr.Mahathir Mohamad bahawa penggunaan SOSMA adalah perlu atas faktor keselamatan. Sebaliknya SOSMA bukan digunakan untuk menangkap orang ikut suka atau sewenang-wenangnya.

“Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

“Disebabkan atas dasar keselamatan dan keamanan, maka rakyat wajar menyokong penggunaan SOSMA.

“Justeru, Bersatu Kimanis menyokong penuh kenyataan PM bahawa pihak polis terpaksa menggunakan akta terbabit ke8rana keadaan adalah berbez”, katanya selepas merasmikan Mesyuarat Cawangan Bersatu Bahagian Kimanis, hari ini.

Mohd.Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, dalam konteks negeri SABAH , akta ini juga signifikan dalam usaha menanggani keganasan dan jenayah terancang.

“SOSMA Wajar disokong dalam usaha Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) untuk tanggani elemen ancaman seperti DAESH, IS dan aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara , negeri Sabah dan juga aktiviti yang boleh menggugat ketenteraman rakyat”, tegasnya.

Antara tindakan yang boleh didifinasikan sebagai “ancaman” di bawah SOSMA termasuklah; “menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu”.

“Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong”.

“Memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya”.

“Mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.-pr/BNN

Mohd. Arifin (empat dari kanan) bersama sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Bersatu Bahagian Kimanis yang menghadiri mesyuarat itu.