“Saya difahamkan Nafas telah melantik seramai 28 PPP dan setiap negeri mendapat dua orang PPP.
“Untuk PPP Nafas di Sabah, saya juga difahamkan yang dilantik itu merupakan AJP PPK lantik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Salahuddin Ayub dan difahamkan mereka juga adalah ahli parti Amanah”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Atong yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong berkata, beliau menyokong kenyataan beberapa pemimpin PPK di Sabah yang menyuarakan kebimbangan berhubungan pelantikan PPP itu.
“Pelantikan PPP Nafas itu bukan satu keperluan yang mendesak, melainkan hanya bertujuan memberi anugerah jawatan kepada ahli-ahli parti Amanah. Ahmad Shaari selalu Pengurus Besar Nafas di tuntut mamberikan penjelasan kepada ahli ahli PP yang juga pemegang Saham Nafas.
“Justeru keputusan Nafas itu jelas hanya akan membazirkan wang Nafas. Perlu diingat bahawa Nafas adalah milik ahli-ahli peladang selaku pemegang saham, ia bukan agensi atau syarikat pelaburan kerajaan seperti GLC yang lain”, tambahnya.
Atong berkata, sebarang keputusan Nafas yang melibatkan pelantikan jawatan politik sepatutnya mengambil kira kepentingan ahli-ahli peladang terlebih dahulu dan bukan untuk kepentingan ahli-ahli politik.
Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin parti Amanah khususnya Menteri MOA telah menggunaka Nafas untuk memberi jawatan lantikan politik kepada ahli-ahli mereka.-pr/BNN