Pemimpin BERSATU Sabah iring calon PH PRK Parliament Tanjung Piai

0
85

KOTA KINABALU; Ketua  Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama pemimpin BERSATU Sabah telah menghadiri dan bersama-sama kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) mengiringi calon PH, Karmaine Sardini ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, Johor pada Sabtu.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), GERAKAN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan dua calon Bebas.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada BERSATU pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.-pr/BNN