PITAS: Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor merupakan masej jelas daripada rakyat yang tidak bersetuju dengan beberapa dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan PH.

Kenyataan Salahuddin yang disiarkan oleh portal berita.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas, Datuk Ng Loi Tect berkata, rakyat di kawasan Parlimen Tanjung Piai telah menzahirkan protes mereka berikutan beberapa dasar Kerajaan Persekutuan yang menguntungkan parti komponen PH.

Ng yang turut mengadakan tinjauan di Tanjung Piai semasa kempen PRK berkata, rakyat di kawasan parlimen itu termasuk ahli-ahli peladang telah menggunakan kuasa undi bagi menyatakan protes mereka.

“Ahli-ahli peladang sedia maklum bahawa beberapa dasar dan peraturan yang telah dibuat oleh Kerajaan PH terutama oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah membelakangkan hak-hak mereka sebagai pemegang mutrak ( pemegang saham PP )

“Mengambil contoh kuasa Menteri MOA yang melantik ahli-ahli Parti Amanah sebagai Ahli Jemaah Pengarah (AJP) di Pertubuhan Peladang dan juga sebagai Pegawai Pembangunan Peladang di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

“Tindakan sedemikian tidak dipersetujui oleh ahli-ahli peladang seluruh negara termasuk di Tanjung Piai. Justeru, mereka telah menolak dasar demikian dengan memberi undi kepada calon parti pembangkang-Barisan Nasional (BN)”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ng mengulas keputusan PRK Tanjung Piai dan juga kenyataan Menteri MOA, Datuk Salahuddin Ayub yang mohon maaf bagi pihak PH pada Jumaat lalu, sehari sebelum hari membuang undi.

Salahuddin dipetik oleh media berkata, Pakatan Harapan meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan selama setahun lapan bulan pentadbiran ini.

Tindakan Salahuddin meminta maaf ini telah memberikan sumbangan Besar kepada kekalan calon PH ( Bersatu ) dalam prk tersebut

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata PH berjanji tidak akan mengulangi kesilapan besar yang dilakukan kerajaan terdahulu Barisan Nasional(BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ng berkata, Menteri MOA sepatutnya peka dan mendengar suara rakyat terutamanya ahli-ahli peladang di akar umbi yang tidak setuju dengan dasar dan peraturan-peraturan yang dibuat oleh nya sebagai Menteri MOA.

Beliau mengambil contoh Pewartaaan Peraturan-Peraturan PP 2019 yang telah ditentang oleh ahli-ahli peladang, tetapi tidak didengar oleh Menteri MOA.

“Selagi Menteri PH enggan mendengar atau mengambil peduli suara dan rungutan rakyat di akar umbi, maka adalah sukar bagi rakyat khususnya ahli-ahli peladang untuk memberikan sokongan mereka kepada Kerajaan PH”, jelasnya.-pr/BNN