PUTATAN: Empat orang adik beradik, anak jati daerah Putatan dipilih mewakili Putatan dalam Kejohanan Badminton SAGA 2019 yang akan berlangsung di Dldaerah Keningau daripada 6 Disember hingga 13 Disember 2019.
4 beradik daripada Kampung Ulu Putatan itu ialah Dayang Fatimah Awang Aliudin (15 tahun), Dayang Sharifah Aisah (12), Dayang Sofiah (14) dan Awang Burhanuddin (16).
Pasukan Badminton SAGA 2019 Daerah Putatan bertolak awal pagi tadi ke Keningau bagi menyahut cabaran Sukan SAGA 2019.
“Dengan penyertaan mereka dalam Sukan SAGA 2019, semoga pembangunan sukan badminton daerah Putatan bertambah maju”, kata Awang Aliudin .-pr/BNN