MOU…..Persetuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) Sabah telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Sukarelawan Kancer dan Kemasyarakatan Sipitang Sabah (PSKKS) bagi kerjasama menganjurkan program-program amal secara bersama.

Program-program amal itu bertujuan untuk mengutip dana bagi membiayai aktiviti dan program kedua-dua NGO’s tersebut.

MoU itu ditandatangani oleh Yang Di-Pertua PVATTBM Sabah , Datuk Zaman Bin Haji Bayang dan Presiden PSKKS, Puan Helen Morris di pejabat PVATTBM di Tanjung Aru Plaza,Kota Kinabalu pada Sabtu lalu, dengan disaksikan oleh Ahli-Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PVATTBM dan PSKKS.

Kelihatan dalam gambar, Zaman bertukar dokumen MoU bersama Helen.-pr/BNN