PAPAR: Menjelang perayaan Tahun Baru Cina (CNY) tahun ini, para penghuni Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut tidak dilupakan.
Presiden Sabah China Chamber of Commerce (SCCC), Datuk Frankie Liew bersama ahli-ahli dewan perniagaan itu telah meraikan seramai 78 penghuni rumah warga tua itu.
Kakitangan beberapa buah syarikat yang diterajui oleh Frankie iaitu Dongshun Group Sdn.Bhd dan Nuga Best (Sabah) Sdn.Bhd turut serta dalam program amal itu, selain Nusa Suites Sdn Bhd dan 616 Media.
Ketibaan Frankie Liew dan rombongan telah disambut oleh Penguasa (Superintendent) Rumah Warta Tua Sri Pritchard, Encik Joannes Sipaul.
Selain menyampaikan bakul makanan, Frankie Liew dan rombongan usahawan lain turut menyampaikan “angpow” kepada para penghuni rumah amal.
Menurut Frankie, program amal melawat warga tua dan golongan kurang bernasib baik itu bertujuan membawa kecerian bagi memeraikan kedatangan perayaan CNY bersama mereka.
“Menerusi lawatan dan bermesra dengan warga emas di rumah warga tua dan kanak-kanak istimewa di rumah amal Cheshire, kami berharap dapat membawa kecerian kepada mereka terutama menjelang perayaan CNY”, katanya.
Selain rumah warga tua, Frankie dan rombongan turut menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Amal Cheshire (Sabah Cheshire Home) di Likas.-pr/BNN