PULAU PINANG: Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, Dato’ Haji Mohammad Saat Saad hari ini mencabar Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi mendedahkan segara nama firma audit antarabangsa yang telah membuat audit forensik terhadap akaun-akaun institusi itu.
Katanya, sekiranya benar pendedahan yang dibuat oleh Phahrolrazi adalah hasil audit forensik firma audit antarabangasa, beliau wajar memberi nama firma itu.
“Saya mencabar Phahrolrazi mendedahkan nama firma audit antarangsa yang telah diupah oleh Nafas untuk melakukan kerja-kerja audit forensik”, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Phahrolrazi yang mendakwa
berlakunya salah laku di bawah pentadbiran Ahli-Ahli Jemaah Pengarah (AJP) terdahulu hasil daripada audit forensik oleh firma audit tersebut.
Mengulas kenyataan Pengerusi PKK Pitas, Datuk Ng Loi Tect yang mendedahkan Nafas mengalami kerugian sebanyak RM23,224,188 dalam tahun 2018;
Mohammad Saat berkata, angka yang didedahkan oleh Ng adalah benar kerana ianya berdasarkan Laporan Penyata Kewangan Nafas 2018 yang telah diaudit oleh akauntan bertauliah dan diluluskan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang (PP).
Katanya, Penyata Kewangan Nafas Tahun 2018 telah diedarkan kepada para perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Nafas tahun 2019 yang akan diadakan pada 25 Februari 2020.
“Justeru kenyataan Ng tidak perlu dipertikaikan lagi oleh ahli-ahli peladang kerana ianya berdasarkan laporan penyata kewangan yang sah.
“Sementara firma audit antarabangsa yang disebut-sebut oleh Phahrolrazi masih boleh dipertikaikan kerana ahli-ahli peladang khususnya para perwakilan masih belum nampak laporan hasil audit forensik yang dinyatakan oleh beliau”, tegasnya.-pr,/BNN