KOTA KINABALU: Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menerima pentauliahanp pangkat Kolonel Kehormat Pertahan Awam (PA) daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md.Yusof pada majlis ringkas yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel Hilton Kota Kinabalu, kelmarin.
Turut menerima watikah dan pentauliahan pangkat Kolonel Kehormat PA ialah ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, ADUN Membakut, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, ADUN Kawang, Datuk Haji Ghulam Haidarkhan Bahadar dan Senator Datuk John Ambrose.
Sementara 4 lagi menerima pentauliahan pangkat Mejar Bersekutu (PA) ialah Ketua Bahagian BERSATU Putatan, Datuk Seri Haji Arsit Haji Sedi, Datuk Wetron Bahanda (Kota Marudu), Encik Azman Haji Roslan (Keningau) dan Encik Mohamed Razali Mohamed Razi (Sepanggar).
Turut hadir di majljs itu Timbalan Menteri di JPM (Tugas-Tugas Khas) Datin Mastura Tan Sri Dato Mohd Yazid, Penolong Pesuruhjaya PA, Tuan Ghazali Abd.Rahman mewakili Ketua Pesurujaya APM, Datuk Roslan Wahab.-pr/BNN