lTUARAN: Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu melancarkan bufet bermusim istimewa, ‘Cita Rasa Dapur Chef’, yang mengetengahkan keunikan dan kekayaan cita rasa masakan tradisional, bermula 19 Februari hingga 19 Mac 2026.
Bufet yang dinanti-nantikan ini menampilkan sajian autentik hasil sentuhan pasukan kulinari profesional resort berkenaan, sekali gus mengangkat warisan gastronomi tempatan dalam suasana eksklusif berlatarbelakangkan keindahan pantai Shangri-La Rasa Ria.
Direka khas untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan, bufet ‘Cita Rasa Dapur Chef’ menawarkan pelbagai hidangan istimewa termasuk daging panggang, juadah tradisional seperti ketupat dan lemang, serta pelbagai pencuci mulut bercitarasa perayaan.
Antara tarikan utama tahun ini ialah menu ‘Juadah Viral’ yang menampilkan Paha Daging Lembu Panggang Seekor, Rojak Buah Uncle Keymet, Satay Abang John serta Ikan Bakar Perapan Assam Pedas Nyonya.
Bufet ini turut mengetengahkan hidangan ulam-ulaman segar yang diperoleh sepenuhnya daripada pasaran tempatan serta kebun herba permakultur milik Shangri-La Rasa Ria, selain pilihan ais krim buatan sendiri yang menjadi kegemaran seisi keluarga.
Tawaran Istimewa dan Mesra Keluarga
Bagi memenuhi keperluan kumpulan besar, Shangri-La Rasa Ria menawarkan harga pembelian pukal RM1,380 untuk 10 orang. Harga individu pula ditetapkan pada RM148 bagi dewasa dan RM74 bagi kanak-kanak.
Sebagai tanda komitmen terhadap pengalaman mesra keluarga, resort ini turut memperkenalkan promosi “Kids Dine Free”:
- Kanak-kanak berusia 11 tahun dan ke bawah makan secara percuma dari Isnin hingga Khamis apabila ditemani seorang dewasa yang membayar.
- Kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun layak menikmati diskaun 50 peratus daripada harga asal bufet atau memilih pembelian baucar bufet kanak-kanak.
Tempahan dan Maklumat Lanjut
Tempahan awal adalah diwajibkan bagi menikmati bufet edisi terhad ini. Tetamu dinasihatkan membawa salinan baucar sama ada dalam bentuk cetakan atau digital semasa pendaftaran di restoran.
Untuk tempahan dan pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi:
- Telefon: +6088 797 888
- WhatsApp: +6013 8395 433
- Tempahan Dalam Talian: Imbas kod QR pada bahan promosi rasmi Shangri-La Rasa Ria
-BNN





