Program Jelajah Penerangan Inisiatif PENJANA

0
296

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada Program Jelajah Penerangan Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan Initiati) (PENJANA) di sebuah hotel di Kota Kinabalu, kelmarin.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (kanan), Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Hajah Azizah Mohd.Dun (kiri) yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Insentif Penjana dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) khusus untuk golongan sasar yang terdiri daripada kanak-kanak, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan komuniti.

Antara inisiatif itu terdiri daripada Bantuan Khas Ibu Tunggal, Bantuan Khas kepada OKU, Bantuan Khas Pengurusan TASKA, Bantuan Khas kepada Sukarelawan Program Khidmat Bantu di Rumah, Bantuan Khas Perbendaharaan kepada NGO dan Insentif Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (Kursus Asuhan PERMATA).-pr/BNN


BANTUAN KHAS…Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun (tengah) telah menyampaikan Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) dibawah Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan Initiati) (Penjana) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk Perkumpulan Perempuan Sabah kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Hajah Azizah Mohd.Dun (kiri) pada Majlis Jelajah Penerangan Inisiatif Penjana yang diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu, kelmarin.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (dua dari kanan) yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima
Masidi Manjun (kanan).

Kerajaan Persekutuan menyediakan dana sebanyak RM5 juta menerusi BKP kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berteraskan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). -pr/BNN