Kapitan Henry Chan sumbang pelitup muka kepada media

0
83
keterangan gambar Chan menyampaikan pelitup muka kepada James (kanan) di pejabat beliau di Trig Hill semalam.

SANDAKAN:  Kapitan Cina Henry Chan San Chang telah menyumbang sebanyak 10 kotak pelitup muka kepada pengamal media di daerah ini.

Sumbangan itu telah disampaikan kepada pengerusi  Persatuan Media Sandakan Sabah (PEMASSA) James Leong di pejabat beliau di Trig Hill semalam.
Chin yang juga seorang peniaga , memberitahu bahawa sumbangan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan terhadap  peranan media dalam menyampaikan berita sahih kepada orang ramai khususnya di Sandakan.

Rakan-rakan media di Sandakan telah  berada di lapangan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pengerakan pada Mac 18 sehingga kini untuk melapor maklumat tepat kepada  pengetahuan masyarakat setempat.

Beliau menasihati warga Sandakan supaya tidak mudah percaya dengan maklumat-maklumat terdapat di media sosial dimana kesahihan diragui.

“Orang ramai boleh menghubungi pihak-pihak berkenaan untuk mendapat kepastian dan jangan terus panik kerana maklumat-maklumat di sosial media itu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” kata Chan.
Sementara itu, James mengucapkan terima kasih kepada Chan atas keprihatinan beliau terhadap pengamal media di daerah Sandakan.

PEMASSA menghargai sumbangan Peralatan Perindungan Diri (PPE ) dari individu, pemimpin politik dan NGO untuk pengamal media di Sandakan, tambah James.

Tambah James, PEMASSA sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam memyampaikan berita sahih kepada masyarakat Sandakan.-pr/BNN

Chan menyampaikan pelitup muka kepada James (kanan) di pejabat beliau di Trig Hill semalam.