Annuar Musa tinjau persiapan jentera BN DUN Elopura

0
161

SANDAKAN : Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa telah menghadiri taklimat jentera pilihanraya negeri DUN elopura.

Beliau dalam rangka lawatan untuk meninjau persiapan jentera jentera di kawasan calon BN bertanding.

Anuar Musa puas hati dengan kerja kerja yang telah dilakukan oleh jentera BN DUN Elopura serta komitmen yang ditunjukkan oleh para petugas.

Hadir sama calon BN DUN Elopura Chan Boon Thian , Ketua Bahagian UMNO Sandakan Datuk Hj Alipudin Hj Puyon serta barisan pemimpin lain dari UMNO Sandakan dan komponen BN.

Sementara itu Chan berkata beliau akan menunaikan agenda manisfesto beliau demi kesejahteraan penduduk di kawasan Elopura jika diberi mandat pada Sep 26 ini,

Beri saya peluang untuk berkhidmat untuk anda dan membawa perubahan serta meningkatkan sosio ekonomi di Elopura di mana wakil rakyat sebelum ini gagal berbuat demikian, tambah Chan-pr/BNN

Annuar Musa (duduk depan kiri) bersama Chan (duduk kanan) dan pemimpin BN lain semasa menghadiri taklimat