KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah COVID-19 [JKPBNS (COVID-19)] telah memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan mulai 07 Oktober 2020 (berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam)dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), seperti

Nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hendaklah dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
Elakkan 3S (3C) iaitu jauhi kawasan sesak (crowded place), elakkan
kawasan sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).
Amalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai alat pelitup muka (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran (warn) dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekali lagi diingatkan kepada semua rakyat Sabah untuk sentiasa mematuhi arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan dinasihatkan untuk memainkan peranan masing-masing dalam memerangi pandemik COVID-19 dengan penuh tanggungjawab. –
YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah.