KOTA KINBALU: Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Arifin Mohd Arif (gambar) menyambut baik dengan pembentengan Belanjawan2021 yang turut mempertabatkan syiar Islam.
Katanya dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.mencermin kesungguhan kerajaan untuk mengukuhkan Institusi agama terutamanya melibatkan pendidikan.
” Alhamdulillah kita berterima kasih atas peruntukan yang diberikan ini dimana apabila unsur-unsur kerohnian diperkasa menerusi ilmu maka secara tidak langsung pembangunan Islam akan lebih mantap” katanya ketika ditemui di sini sebagai mengulas Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan SenatorTengku Dato Sri Zafrul l Tengku Abdul Aziz di dewan Rakyat pada jumaat.
Katanya Kenaikan elaun guru takmir dan bayaran khas one-off sebanyak RM500 untuk guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) serta imam dan bilal. merupakan satu penghargaan terhadap golongan ini yang memainkan peranan yang cukup penting dalam menegakkan syiar islam di negeri ini, selain dapat membantu meringkan bebanan mereka yang juga turut terkesan dengan penularan koronavirus (Covid-19)
“Guru takmir akan menerima kenaikan kadar elaun daripada RM800 kepada RM900 sebulan, manakala imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru KAFA turut menerima bayaran khas sekali bayar sebanyak RM500, ini sudah tentu turut memberikan mitovasi untuk mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan selain membantu meringkan beban yang mereka hadapi ketika negara masih berhadapan penularan pandemik Covid-19” katanya..
Mohd Arifin yang juga ADUN Membakut yang juga bertanggungjawab dalam pentadbiran agama Islam di Sabah turut menyambut baik usaha kerajaan dalam belanjawan 2021 selain perbelanjaan mengurus bernilai RM1.4 bilion dan pembangunan hal ehwal Islam ianya juga turut memberi tumpuan memperkasakan pengurusan wakaf melalui Yayasan Waqaf Malaysia, melalui pembangunan Pelan Induk Wakaf Nasional.
Inisiatif itu akan dilakukan dengan kerjasama agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
“Wakaf berkesan untuk membangunkan ekonomi dan pendidikan bagi ummah seperti yang berlaku sekian lama di Mesir dan Turki,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama Mohd Arifin juga bersyukur atas inisiatif pihak kerajaan dengan menyediakan caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO kepada guru takmir, imam, bilal, siak, noja dan marbut
” Ini merupakan langkah yang positif dan turut memberikan manafaat kepada golongan ini menerima manafaat sekiranya merika ditimpa musibah seperti kemalangan jalanraya dansebagainya” katanya.-pr/BNN