PPN Labuan mahu NAFAS bayar dividen 2018 untuk Kilang NPK Gurun Kedah

0
572
Datuk Haji Yussof bin Haji Mohammad
LABUAN:  Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Wilayah Persekutuan Labuan berharap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan membayar dividen tahunan kepada pemegang-pemegang saham untuk kilang bajanya di Gurun,Kedah.
Pengerusinya, Datuk Haji Yussof bin Haji Mohammad berkata, Malaysian NPK Fertilizer Sdn.Bhd merupakan syarikat usahasama NAFAS, Pertubuhan Peladang Negeri, Pertubuhan Peladang Kawasan, Ahli-Ahli Peladang dan Petronas Fertilizer Kedah Sdn Bhd, yang mula beroperasi pada tahun 2004.
Katanya, Malaysia NPK menjalankan aktiviti pengilangan baja dengan memproses pelbagai jenis baja,  antaranya Padi 1 dan Padi 2 di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) serta Baja NPK Tambahan di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP).
Kilang berkenaan yang mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 340,000 metrik tan setahun dengan keupayaan penghasilan 12 formulasi baja.
Beliau berkata, NAFAS selaku pemegang saham utama dan terbesar dalam Malaysia NPK Fertilizer yang mencatat keuntungan setiap tahun.
Menurutnya, syarikat ini telah membayar dividen tahunan kepada semua pemegang sahamnya tanpa gagal setiap tahun melalui NAFAS.
“Dengan penggantungan Perlembagaan NAFAS oleh Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sejak Jun 2018,  yang kemudiannya telah melantik ketua pentadbir untuk mentadbir perniagaan NAFAS.
“Maka kami tidak nampak adanya alasan bagi
Malaysian NPK Fertilizer Sdn.Bhd  dan Ketua Pengarah LPP untuk tidak membayar dividen tahun 2018 seperti sebelumnya”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Yussof berkata, Ketua Pengarah LPP juga perlu memaklumkan para pemegang saham berhubung prestasi perniagaan kilang itu setelah ditadbir oleh mereka.
“PPN Wilayah Persekutuan Labuan  bimbang kerana tindakan penggantungan perlembgaan NAFAS  mungkin menjejaskan perolehan dan keuntungan syarikat itu bagi tahun lalu.
Beliau menegaskan, sebarang kesalahan tadbir urus perniagaan oleh pihak pentadbir yang dilantik boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan.
Menurutnya, mengikut Seksyen 24A(2) Akta 109 Pertubuhan Peladang 1973, mana-mana pihak yang mendatangkan kerugian kepada Pertubuhan Peladang (NAFAS) akibat penggantunga itu, maka Ketua Pengarah LPP, Ketua Tadbir NAFAS dan Pegawai-pegawai LPP yang ditempatkan di NAFAS boleh dikenakan ‘surcharge’  dibawah seksyen tersebut.-pr/BNN