Titing cabar Saddi lepaskan kerusi DUN Sukau

0
1307
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kinabatangan, Titing Putang
KOTA KINABALU: Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kinabatangan, Titing Putang hari ini mencabar Datuk Saddi Abdul Rahman agar mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau yang dimenangi atas tiket Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Katanya, Saddi merupakan pemimpin yang hipokrit  sebab jika bukan kerana parti UMNO dan BN sudah pasti beliau tidak menjadi Wakil Rakyat sehingga hari ini.
“Sekarang setelah menyertai Parti Warisan, beliau lupa daratan dan jasa UMNO dan BN sehingga tergamak menyatakan UMNO tidak lagi relavan dalam konteks negeri ini.
“Saddi sepatutnya sedar bahawa sekiranya UMNO tidak lagi relavan di Sabah, sudah pasti beliau tidak menang di DUN Sukau semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lalu”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Titing mengulas kenyataan Saddi yang mengkritik Ketua UMNO Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin sebagai pemimpin hipokrit dan menyeru UMNO yang disifatkannya sebagai tidak lagi relavan di Sabah agar balik ke Malaya.
Beliau berkata, disebabkan UMNO masih relavan dan mendapat sokongan daripada ramai masyarakat Islam dan Bumiputera maka ramai calon BN/UMNO memang dalam PRU lalu termasuk Saddi.
Titing berkata, jika Saddi mahu UMNO pulang ke Malaya, beliau juga harus menyeru parti DAP dan Parti Keadilan yang juga berasal dari Semenanjung Malaysia agar berbuat demikian.
“Ini memandangkan Sabah sudah ada parti Warisan yang berjuang mempertahankan hak-hal rakyat Sabah?”, tegasnya.
Saddi dalam kenyataan berkata,” cukup-cukuplah jadi pemimpin yang hipokrit. Kita akan buktikan kepada Umno Kinabatangan dan Umno Sabah bahawa parti mereka tidak lagi relevan dalam konteks politik negeri ini.
“Pulanglah ke Malaya sebab kami ada sudah parti Warisan yang berjuang untuk mempertahankan hak-hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.
Titing berkata, Saddi sepatutnya berterima kasih kepada ahli-ahli UMNO di bahagian Kinabatangan dan juga rakyat yang telah mengundi dan mengangkatnya sebagai Wakil Rakyat Sukau.
Katanya, tindakan Saddi meninggal UMNO dan menyertai Warisan jelas untuk kepentingan diri sendiri kerana telah mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat Sukau.
“Cukup-cukup lah. Saddi amalkan politik mengampu. Dulu semasa dalam UMNO, dia adalah tukang hentam dan maki hamun kepada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan setelah masuk Warisan, beliau hendak tunjukkan pula kesetiaannya.
“Ini dinamakan “sudah diludah dijilat balik”. Betul-betul hipokrit”, ujarnya.
Titing berkata, Saddi juga turut berbohong lagi dengan menyatakan 5,000  ahli UMNO Kinabatangan keluar parti dan menyertai Warisan, sedangkan hanya sekitar 200 orang sahaja yang menghadiri program beliau baru-baru ini.
“Cukup-cukup lah Saddi kerana terus mendendangkan lagu lamanya”, tegasnya.
Titing berkata, seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar bahawa UMNO Sabah tidak lumpuh seperti yang didakwa oleh Saddi.
“UMNO Sabah tetap utuh, kuat dan beroperasi seperti biasa kerana tempat yang telah ditinggalkan oleh mantan-mantan pemimpin UMNO telah diisi oleh pemimpin pelapis yang lain termasuk di peringkat bahagian”, tegasnya.
Beliau juga mengalu-alukan Saddi  membuktikan bahawa UMNO tidak lagi relevan di Sabah.-OlehLSK/BNN