KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mahu kerajaan Sabah mencari penyelesaian terbaik kepada isu kemiskinan Digital di
Sabah.

Ketika membuat seruan itu, beliau berkata kemiskinan digital merupakan satu
keadaan serba kekurangan khususnya daripada segi teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) di kalangan masyarakat, samada dari segi kekurangan prasarana
ICT ataupun kelemahan kemahiran ICT.

"Kemiskinan Digital ini tidak semestinya berkaitan dengan soal kedudukan ekonomi
seseorang itu. Seseorang itu mungkin sudah mempunyai kelengkapan ICT seperti
komputer, telefon pintar dan sambungan internet yang pantas, tetapi
masih dianggap Miskin Digital.

"Ini kerana sesorang itu masih belum mahir menggunakan ICT sebaiknya untuk
urusan utama harian yang sudah kian semakin lama semuanya beroperasi dalam talian, seperti bekerja, berniaga, dan berurusan,"katanya.

Salleh berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri
Tun Juhar Mahiruddin pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Kota
Kinabalu, hari ini.

Menurutnya perkara itu disebabkan masyarakat terlalu biasa dengan komunikasi
bersemuka dan masih belum dapat mempraktikkan konsep ‘Bekerja-Dari-Rumah’
dan “Urus Niaga Dalam Talian”.

Beliau berpendapat isu itu tidak boleh dibiarkan berlarutan, kerana ia akan memberi
kesan ekonomi sebenar dan mengakibatkan Sabah ketinggalan lebih jauh dari arus
pembangunan.

Sehubungan itu, Salleh berharap Kerajaan dapat merancangkan kaedah sewajarnya
atau menyampaikan insentif bersesuaian untuk menangani isu Kemiskinan Digital di
negeri ini.

Salleh turut mencadangkan supaya senarai nama e-Kasih dikemaskinikan segera
bagi memastikan perkhidmatan sampai kepada semua yang layak.

beliau berkata ini boleh dilakukan dengan memaparkan semua senarai nama nama-
nama berdaftar e-Kasih di Balai Raya atau mana-mana yang lokasi sesuai.

katanya terdapat keperluan untuk mengemaskinikan e-kasih bagi membolehkan
kerajaan dapat menilai ketelusan dan integriti orang kampung untuk memainkan
peranan semak dan imbang selain memperbaiki sebarang kelemahan urustadbir
perkhidmatan tersebut agar ianya lebih cekap dan berkesan.

"Kita perlu pastikan hanya golongan sasar e-Kasih yang benar-benar memerlukan
menerima bantuan tersenarai

Bantuan perlu disalurkan bersandarkan atas dasar kemanusiaan tanpa dipengaruhi
oleh perbezaan bangsa, agama dan juga politik, katanya.-pr/BNN