KOTA KINABALU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan, telah membuat lawatan kerja ke Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) yang terletak di Jalan Tasik Kota Kinabalu. PNS merupakan salah satu jabatan dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Lawatan Datuk Yakub ke PNS telah disambut oleh Pengarah PNS Puan Maria binti Sinti serta beberapa ketua bahagian yang berada di PNS.
Maria juga telah memberi penerangan khusus berhubung dengan fungsi, misi serta kewujudan beberapa lagi cawangan PNS di seluruh Negeri Sabah, bahkan ada juga cawangan yang dalam proses pembinaan dan hampir siap untuk digunakan. Maria memaklumkan bahawa PNS juga ada menjalankan kolaberasi dengan negara luar. Beberapa ketua bahagian yang lain turut memberi penerangan setiap bahagian dan unit yang ada di PNS. Datuk Yakub juga dibawa meninjau setiap tingkat yang ada di Bangunan PNS.
Bagi golongan kelainan upaya (OKU) juga tidak dilupakan, bilamana pihak PNS mengambil peduli akan keberadaan mereka dalam membentuk masyarakat membaca. Dalam sesi lawatan Datuk Yakub berkata, ‘Pihak PNS perlu memainkan peranan untuk menanamkan budaya minat membaca di kalangan orang ramai di setiap peringkat usia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan seiring perkembangan dunia Digital dan juga ketika Norma Baharu. Beliau turut menasihatkan agar setiap pengguna mengamalkan SOP apabila melawat dan menggunakan perkhidmatan PNS agar dapat memutuskan rantaian Covid-19.-pr/BNN