Pengagihan bakul makanan di Kinabatangan

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giat dilaksanakan. Setakat 01 Disember 2020, sebanyak 260,880 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh tujuh (27) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Sebanyak 3,183 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 1 Disember 2020 melibatkan empat belas (14) daerah iaitu daerah-daerah Kota Kinabalu (939), Tawau (47), Semporna (191), Kinabatangan (174), Beluran (9), Kudat (319), Putatan (32), Tuaran (18), Ranau (41), Nabawan (34), Tambunan (136), Penampang (26), Pitas (419) dan
Kota Marudu (798).-

YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
01 Disember 2020