KOTA KINABALU:Ahli Dewan Undangan Negeri yang di lantik Datuk Amisah Yassin meminta semua ahli persatuan pengguna di daerah ini menggunakan persatuan sebagai wadah perjuangan.
Beliau berkata ahli-ahli persatuan seperti Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah (WCAS- Wise Consumer Association Sabah) perlu membuat aktiviti mewujudkan kesedaran hak-hak pengguna dan bagaimana menjadi pengguna bijak.
“Melalui persatuan pengguna ahli-ahli persatuan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bersesuaian untuk mempersiapkan diri sebagai pengguna yang bijak.
“Selain dapat membantu masyarakat setempat dalam memberi kefahaman berhubung saluran aduan pengguna kepada KPDNKK dan Kementerian serta agensi berkaitan.
Tambah beliau persatuan pengguna dapat mewujudkan kumpulan masyarakat yang bertanggungjawab, bijak, peka, komited, proaktif dan berinformasi terhadap keseluruhan isu kepenggunaan.
Beliau berkata demikian selepas menerima sumbang RM3000 daripada Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah David Chan. Sumbangan RM3000 tersebut untuk barangan makanan kepada golongan yang memerlukan akibat terkesan Covid 19 di Ranau pagi tadi.
Amisah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Ranau dan Penaung WCAS merakamkan ucapan tahniah kepada David Chan sebagai Presiden WCAS (Wise Consumer Association Sabah) telah mengadakam aktiviti pertama ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Beliau meminta persatuan itu sentiasa peka kepada perkembangan semasa mengenai isu isu pengguna seperti skim cepat kaya, penipuan dan sebagainya.
Jelasnya ahli persatuan perlu kemas kini pengetahuan undang-undang yang Kerajaan buat untuk melindunggi hak-hak pengguna.
“Persatuan ini bukan musuh kepada peniaga tetapi sebagai perantaran diantara peniaga dan pengguna win win situation, peniaga jujur dan pengguna bijak,
“Saya juga mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan membantu dan sumbangan semasa PKPB di daerah Ranau ini kepada mereka yang memerlu bantuan seperti barang makanan,” kata Amisah.-pr/BNN