KOTA KINABALU: “Merakyatkan Perkhidmatan” adalah agenda utama pihak Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat untuk terus memacu perkhidmatan kepada rakyat.
Menterinya, Ir. Shahelmey Yahya berkata, kementeriannya menyediakan 6 inisiatif sejajar dengan hala tuju di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025.
“Kementerian saya telah menyediakan 6 inisiatif sejajar dengan Hala Tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025. Inisiatif-inisiatif tersebut ialah Kompleks Bersepadu Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Inanam, Home Ward(Wad di rumah), Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPKK) untuk kemudahan komuniti luar bandar, Latihan Kemahiran untuk ibu tunggal dan wanita di bawah 40, meningkatkan professionalisma kerja sosial di Sabah dan pendigitalan”
“Saya selaku menteri yang menjaga kementerian ini amat berharap agar apapun yang telah dirancang melalui insiatif-inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan jayanya”
“Hasrat ini hendaklah sejajar dengan gerak kerja anggota sektor awam di bawah kementerian saya yang mana tumpuan adalah untuk merakyatkan perkhidmatan dan diperhebatkan dengan pengwujudan pusat serenti” katanya.
Beliu berkata demikian semasa melancarkan Hari Terbuka Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat sempena Hala Tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025 yang dijalankan secara maya melalui aplikasi Zoom di pejabat kementerian hari ini.
Beliau dalam majlis pelancaran tersebut juga menyentuh tentang pembudayaan masyarakat prihatin dan bertanggungjawab.
“Segala urusan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Negeri sabah bertumpu di kementerian ini. Saya amat berharap dan berpesan kepada semua yang terlibat untuk meneruskan usaha dan juga kerja-kerja kita dengan membudayakan masyarakat prihatin dan bertanggungjawab selain daripada menambahbaik sistem perkhidmatan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya” katanya.
Shahelmey juga berkata pihaknya menghargai ilham yang dilontarkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengenai inisiatif di bawah Sabah Maju Jaya.
Hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut adalah Pembantu Menteri; Datuk Julita Mojungki dan Flovia Ng, Setiausaha Tetap; Encik Lee Chun Khiong.-pr/BNN