Yahya serah baucer BR1M

0
83
-Pix LSK
-Pix LSK

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyerahkan baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2018 kepada lebih 300 penerima yang layak pada majlis penyerahan yang diadakan di Dewan Sri Putatan, Putatan.

Mereka merupakan sebahagian daripada beribu orang penerima daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18 Petagas dan N.17 Tanjong Aru.

 Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir.Edward Yong yang juga ADUN Tanjong Aru, Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag.Abd.Ghani Pg.Yusof, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Mohd.Yunus Haji Ismail dan pemimpin masyarakat setempat.-pr/BNN