Yahya terima kunjungan Agrobank

0
-Pix LSK
-Pix LSK

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (bersongkok) menerima cenderamata daripada Pengarah Kawasan (Regional Director) Agrobank Sabah, Tuan Haji Tamring Kuba (dua dari kiri) setelah menerima kunjungan hormat rombongan Agrobank Sabah di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.

 Turut hadir ialah Head of Consumer, Encik Samuel Michael (dua dari kanan), Head of Sales & Services, Encik Nafazila Mad Sahar (kanan) dan Pengurus Cawangan  (Branch Manager) Kota Kinabalu, Encik Lorenado Ziubin (kiri).

 Menurut Tamring, kunjungan itu bertujuan merapatkan hubungan dan mewujudkan jaringan positif diantara Agrobank dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

 Beliau juga memberi penerangan ringkas mengenai aktiviti yang diusahakan, terutama produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Agrobank.-pr/BNN