Program Sayang Sabah Wanita UMNO Silam bantu golongan memerlukan

0
105
Rombongan Wanita UMNO Silam bersama penduduk kampung.
Mizma menyerahkan sumbangan kepada seorang penerima.

LAHAD DATU:  Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Silam telah menggerakkan “Program Sayang Sabah” bagi menjejaki dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di peringkat akar umbi.

Ketuanya Puan Mizma Appehdullah berkata  menerusi program masuk kampung itu, Wanita UMNO telah menziarah golongan yang memerlukan dari rumah ke rumah bagi mengenalpasti masalah mereka.

“Ini merupakan pendekatan yang digunakan oleh Wanita UMNO Silam untuk mendengar keluh resah rakyat dan juga isu-isu kawasan yang perlu diambil perhatian.

“Program Sayang Sabah ini digerakkan setiap minggu dan akan merangkumi kampung-kampung dalam kawasan Silam khusus di kawasan-kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM)”, katanya kepada pemberita di sini.

Mizma (tiga dari kiri) bersama jawatankuasanya menziarah orang kampung.

Mizma berkata, menerusi program sentuhan kasih ini Wanita UMNO Silam dapat memberi penerangan kepada rakyat akar umbi akan kebaikan dan komitmen Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO.

“Lawatan dari rumah ke rumah itu dapat meyakinkan orang-orang kampung bahawa hanya Kerajaan BN sahaja terbukti mampu menjaga keamanan dan kebajikan rakyat serta membawa pembangunan yang berterusan.

“Kita tidak mahu orang-orang kampung diperdaya oleh parti-parti pembangkang yang giat menabur  janji kosong dan fitnah terhadap kepimpinan negeri dan negara”, jelasnya.

Katanya, dengan menyelami denyut nadi rakyat di peringkat akar-umbi Wanita UMNO Silam dapat meyakinkan orang-orang kampung bahawa BN adalah satu-satunya kerajaan yang mampu menjaga kehormonian dan keselamatan serta pembangunan demi kesejahteraan mereka.

Wanita UMNO Silam menziarah dan menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukam.

Menurutnya, parti-parti pembangkang hanya bijak menabur janji-janji kosong yang tidak mungkin dapat mereka tunai bagi merai sokongan rakyat.

Justeru, rakyat di peringkat akar umbi perlu terus menyokong dan memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah negeri dan negara dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 kelak.

Mizma berkata, anggota Wanita UMNO Silam menggalas amanah yang sering dipesankan oleh Presiden parti dan juga Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, supaya terus turun padang mendekati akar umbi sepanjang masa dan bukan bermusim.

Rombongan Wanita UMNO Silam bersama penduduk kampung.

Program “Sayang Sabah” itu melibatkan ahli-ahli jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Silam, Ketua-Ketua PDM dan ahli-ahli wanita UMNO Silam.

“Kita akan menziarah kesemua 31 PDM dalam parlimen Silam. Setakat ini sebanyak 150 keluarga yang daif telah diberi bantuan berupa orang keperluan dan makanan”, tegasnya. Pr/BNN