KOTA KINABALU  :Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah akan memastikan mangsa banjir mendapat bantuan makanan yang mencukupi, ekoran insiden bencana alam di negeri ini.

Menterinya, Ir Shahelmey Yahya, dalam satu kenyataan media hari ini, berkata beliau sempat berkunjung ke pusat penempatan sementara (PPS) yang terdapat di daerah Penampang dan Putatan bagi meninjau persiapan yang telah dibuat.

“Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) akan menyediakan makanan bermasak untuk semua mangsa yang telah dipindahkan ke PPS.

“Selain daripada itu juga, mereka akan diberi bantuan kewangan RM200 untuk tujuan pemelegaan.

“Apabila mereka kmbali ke rumah mereka nanti, mereka akan dibantu pula oleh bantuan NADMA, Agensi Pengurusan Bencana Alam Malaysia, sebanyak RM500 bagi tujuan pemelagaan juga selepas menempuhi banjir yang telah berlaku,” tambah beliau, pada Ahad.

Beliau turut menzahirkan rasa puas hati dengan persiapan yang telah dilakukan oleh pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana di daerah-daerah yang terjejas.

“Kita menyeru dan mengingatkan rakyat agar dalam kita menghadapi ujian banjir kali ini, kita juga jangan lupa dengan tanggungjawab kita untuk menjaga menularnya jangkitan wabak COVID-19.

” Segala SOP COVID-19 yang kerajaan telah maklumkan mestilah dipatuhi,” tegas beliau.-pr/BNN

Shahelmey (Kanan) ketika melawat mangsa banjir