Pegawai LPP sengaja membuat laporan polis menglirukan

0

KOTAKINABALU: Pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP) dilaporkan sengaja membuat tuduhan mengelirukan terhadap Ahli Jemaah Pengarah (AJP), Pengurus Besar (PB), Timbalan Pengurus Besar (TPB) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan PB anak Syarikat Nafas.

Pegawai berkenaan yang juga Pegawai Penyiasat LPP telah membuat laporan polis dengan menuduh AJP, PB, TPB Nafas dan PB anak syarikat Nafas menerima bayaran.

Pegawai itu sengaja menggambarkan seolah-olah berlaku pecah amanah dalam kes melibatkan kontrak pembekalan baja padi bersubsidi (SBPKP) untuk tahun 2017

Difahamkan beliau telah menyiasat sendiri kes tersebut dan mengetahui bahawa mereka AJP, PB, TPB Nafas dan PB anak syarikat Nafas menerima bayaran yang merupakan elaun sebagai ahli lembaga pengarah anak syarikat bersekutu Nafas itu.

Justeru agak menghairankan kenapa pegawai itu sengaja membuat laporan kepada pihak polis dengan menggambarkan bahawa ada AJP, PB, TPB Nafas dan PB anak syarikat Nafas yang terima duit seolah-olah berlaku unsur rasuah.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kinabalu, Datuk Haji Jaimin Samitah berpendapat, tindakan pegawai LPP itu berniat jahat dan sengaja membuat tuduhan mengerilukan.

“Pegawai itu sudah tahu bahawa AJP, PB, TP Nafas dan PB anak syarikat Nafas ada dibayar elaun sebagai ahli lembaga pengarah di anak syarikat bersekutu Nafas yang tidak menyalahi undang-undang. Justeru kenapa pula beliau membuat laporan polis dengan memberi gambaran seolah-oleh berlaku unsur rasuah.

Berikutan laporan pegawai itu, pihak polis telah menjalankan siasatan menyeluruh dan mendapati ianya tidak benar, tidak berasas dan tidak menjumpai sebarang bukti salah laku seperti yang di lapor oleh pegawai itu.

Jika bayaran sebagai ahli lembaga pengarah (ALP) ADA yang memang di benarkan dan mengikut undang undang seperti di ketahui oleh pegawai itu sebagai pegawai penyiasat.

“Ini satu tindakan yang sengaja mengelirukan, membuat tuduhan tidak berasas yang sengaja melibatkan AJP, PB, TPB Nafas dan PB anak syarikat Nafas”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jaimin juga mempersoalkan motif pegawai LPP itu sengaja membuat tuduhan mengelirukan.

“Kenapa beliau sengaja mengaitkan perbuatan yang halal itu dengan memutar belitkan fakta sebenar seolah-olah berlaku jenayah pecah amanah”, tegasnya.

Jaimin memohon agar Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee melihat perkara itu dan MAFI perlu menyiasatnya kerana dengan melihat senario ini menunjukkan kredibiliti Ketua Pengarah (KP) LPP duhulu (Haji Hamzah Bahari) dan pegawai-pegawai LPP boleh dipertikaikan dan tidak boleh dipercayai.

“Kami selalu pemegang saham Pertubuhan Peladang (PP) menuntut agar kebenaran mesti ditegakkan demi kepentingan ahli-ahli peladang”, tambah Jaimin.-pr/BNN