YPC baiki rumah asnaf di Bongawan

0
622
Ahli-ahli YPC yang menyertai program membaiki pulih rumah asnaf.
  • BONGAWAN: Youth Power Club (YPC) Kimanis telah menganjurkan program gotong royong membaik pulih rumah asnaf di Kampung Tanjung Giuk Bongawan, baru-baru ini yang turut di bantu bersama wakil YPC daripada seluruh kawasan di sabah.
Sebahagian ahli YPC mengecat rumah asnaf.

Program itu turut disertai Presiden YPC Nasional, Encik Rafiq Hakim Razali, Pengerusi YPC Kimanis, Ust. Ridzuan Bin Agus Payong.

Seramai 32 orang sukarelawan YPC dari seluruh Sabah telah menyertai program itu yang melibatkan kerja mengecat dan membaiki kerosakan rumah asnaf, Encik Faizal Saikani.

Rafiq berkata, menerusi program amal dan bantuan yang tidak seberapa itu, diharap dapat meringankan sedikit beban keluarga yang dibantu.

“Ahli YPC menyumbang dan membantu masyarakat tanpa syarat dan tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan.

“Lebih banyak program membantu golongan yang kurang bernasib baik akan dianjurkan oleh YPC di masa akan datang”, tegasnya.-pr/BNN

Ahli-ahli YPC yang menyertai program membaiki pulih rumah asnaf.