Wanita digalakkan ceburi bidang keusahawanan

0
41
Riah Mumin (bertudung hitam) dengan menunjukkan jenis kek dan biskut yang dijual di Fazrina Bakery kepada Jainab (dua kiri), Juriah (tiga kanan), Aminah (dua kanan) dan Redonah (kanan sekali) di Fazrina Bakery Pekan Goshen Kota Marudu semalam

KOTA MARUDU:Golongan wanita digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan produk makanan dan perniagaan homestay (inap desa).

 Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata usahawan wanita juga perlu membentuk dan memperkukuhkan rangkaian komunikasi serta mengeratkan interaksi bagi mengembang dan menaiktarafkan aktiviti keusahawanan kerana kekurangan jaringan merupakan faktor utama usahawan tidak mampu untuk berkembang lebih maju.

Jelasnya, suri rumah, ibu tunggal dan usahawan wanita hari ini boleh menjadi usahawan, dan terbukti hari ini ramai golongan wanita bergelar suri rumah berjaya. Merekalah uruskan anak-anak, rumah dan keluarga tetapi dalam masa yang sama berjaya dalam perniagaan.

“Jangan jadikan alasan tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan. Sebagai contoh seperti membuka kedai kek seperti Fazrina Bakery dan Fazrina Homestay di Kota Marudu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat kedai Fazrina Bakery dan Fazrina Homerstay di Pekan Goshen Kota Marudu sempena melawat produk usahawan di daerah tersebut.

Hadir sama Naib Ketua Wanita UMNO Sabah, Juriah Palasin, Penolong Setiausaha, Aminah Johan, Ketua Penerangan, Datuk Redonah Bahanda dan Riah Mumin pemilik Fazrina Homestay dan Fazrina Bakery.

Beliau mahu masyarakat setempat merebut peluang dan potensi perniagaan homestay berikutan trend pelancong yang kini semakin bertumpu di kawasan pantai barat negeri ini sejak kebelakangan ini.

Menurut Jainab lagi kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan usahawan wanita. Gunakan internet dan telefon pintar untuk iklan, memasarkan dan mencari pembeli produk kita.

Selain itu, penyertaan wanita sebagai usahawan dan pembangunan negara juga semakin meningkat dan menyerlah. Ini disebabkan pembangunan negara yang memberi banyak ruang dan peluang kepada wanita mempertingkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan golongan wanita yang ingin menceburi bidang perniagaan supaya memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu kreatif dan inovatif dalam memilih bidang perniagaan, mempunyai impian yang besar dan sentiasa mengamalkan sikap mahu belajar.

Persediaan yang cukup serta sokongan dan bantuan daripada agensi kerajaan dan persatuan berkaitan akan membantu kejayaan golongan wanita dalam bidang perniagaan, kata Jainab.

Beliau turut memuji usaha Riah Mumin selain membuka kedai kek, beliau juga membuka tempat penginapan homestay dan motel iaitu Fazrina Homestay di Pekan Goshen Kota Marudu.

“Saya juga menyeru usahawan wanita di kawasan daerah Kota Marudu digalak menceburi bidang peniagaan homestay (inap desa) bagi memenuhi keperluan dan peningkatan permintaan jumlah pelancong ke kawasan ini.

“Usaha itu bukan sahaja mampu menggalakkan kedatangan pelancong ke kawasan ini, tetapi turut menjana pendapatan tambahan kepada masyarakat di luar bandar yang mengusahakannya. Rebutlah peluang ini kerana kita bukan sahaja kaya dengan khazanah alam semulajadi, tetapi juga unik dari segi kepelbagaian kaum serta budaya dan yang amat membanggakan saya kita semua mampu hidup harmoni sebagai sebuah keluarga,” katanya.

Menurut Riah Mumin nama Fazrina Bakery dan Fazrina Homestay diambil sempena nama anaknya Fazrina Saruddin. Selain itu, mereka juga mempunyai mini market, motel dan turut mengajar cara-cara membuat kek.

Beliau mula menceburi bidang keusahawanan secaa kecil-kecilan sejak tahun 2002 tanpa membuat sebarang pnjaman dan tanpa berkursus. Dengan berbekal kreativti dan usaha kini beliau mempunyai beberapa rangkaian perniagaannya serta bertambah maju.

Pada tahun ini (2018) Hariah Mumin telah mampu membuka homestay, kedai kek, motel, mini market serta perniagaan lain. Beliau dibantu oleh anak-anaknya yang berpelajaran tinggi dengan dibantu pekerja yang didikasi.-pr/BNN