KOTA KINABALU: Sembilan keluarga yang dikuarantin di Kg Sinukab Kanibongan, Pitas menerima bantuan makanan dari gerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP).
Pengagihan bantuan dalam bentuk bakul makanan diagihkan melalui Jawatankuasa Perhubungan Kawasan SAPP Bengkoka yang diwakili oleh setiausaha CLCnya Johanis Jospilis, bagi pihak Ketua Pemuda SAPP.
Ketua Pemuda Jamain Sarudin, sebelumnya mendapat maklumat bahawa sembilan keluarga tersebut harus menjalani kuarantin setelah salah seorang anggota keluarga mereka, yang juga orang kelainan upaya, didapati positif Covid-19 semasa ujian saringan di Hospital Kota Marudu. Walau bagaimanapun, keputusan ujian semua ahli keluarga yang lain didapati negatif.
Jamain mengatakan para pemuda parti segera dikerahkan untuk mengeluarkan bantuan berupa bakul makanan kepada keluarga yang dikuarantin ini. Dia berharap masyarakat mematuhi SOP dengan serius, sentiasa selamat dan sihat.-pr/BNN