Najib ke Arab saudi atas jemputan Raja

0
183
Dato' Sri Najib Razak
Dato’ Sri Najib Razak
KUALA LUMPUR: Lawatan kerja  Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.
Rombongan Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Jamil Khir,  Datin Sri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.
Selain itu, adalah menjadi hasrat Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini. Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.
Adik-adik Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci. Hanya Tun Rahah yang turut bersama  Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.
Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombonganPerdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah.
Najib dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi.-pr/BNN