KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Kedua-dua pemimpin itu turut makan tengah hari bersama.

Terdahulu, Hajiji dan Tuan Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandaraya.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Dr Aliakbar Gulasan.-pr/BNN

Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Tuan Ibrahim Tuan Man.