KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Rombongan MPP UMS diketuai oleh Presidennya, Razman Durhan. Turut serta ialah Timbalan Presiden, Mohd Norraihan bin Ronne, Bendahari Kehormat, Nur’Ain Mardhiyah binti Harun, Exco Kesukarelawanan dan Komuniti, Zulekmal bin Jampal dan Pengerusi Biro Pendidikan Armada Bersatu Sabah, Azrul Ibrahim.

Menurut, Razman kunjungan itu bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan MPP UMS, selain mengemukakan beberapa input dan cadangan untuk Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya yang meliputi sudut mahasiswa dan golongan belia.-pr/BNN

Hajiji menerima cenderamata daripada Razman dan rombongan.