KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hamzah Zainudin dan rombongan di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, (PPNS) Kota Kinabalu, hari ini.
Kunjungan hormat itu antaranya telah membincangkan isu-isu keselamatan dalam negeri dan kedaulatan negeri Sabah.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian Keselamatan di KDN, Zulkifli Abidin, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah binti Mohd Yusof dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.-pr/BNN