Penjawat awam diberi bonus RM500

0
16
Shafie dan isteri, Datin Seri Panglima Hajah Shuryani Hj Shuaib merakam gambar bersama pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Semenanjung pada satu majlis berbuka puasa di Setia City Convention Centre in Setia Alam, Selangor.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam di negeri ini sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Hj Apdal berkata bayaran bonus akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, sebelum cuti Aidilfitri.

Beliau berkata demikian selepas berbuka puasa bersama pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Semenanjung pada satu majlis di Selangor pada Khamis.

Menurut Shafie, negeri-negeri lain memberi bonus antara RM400 hingga RM1,000.

 “Oleh itu kerajaan negeri bersetuju bagi RM500,” katanya.

Selepas mendengar taklimat dari Jabatan Air Negeri Sabah di Kota Kinabalu, beliau berkata: “Semakin rajin anda bekerja, semakin tinggi pendapatan anda, maka kerajaan negeri dapat membayar bonus yang lebih baik.”

Manakala itu, lebih 1,200 pelajar dari 44 institut pengajian tinggi di Semenanjung hadir pada majlis tahunan itu yang dianjurkan oleh Yayasan Sabah.

Antara mereka yang turut hadir adalah, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Pelancongan Christina Liew, Menteri Undang-Undang dan Hal-Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Mokhtar,  Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr. Yusof Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.-pr/BNN