KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan mengatur langkah yang baik untuk meningkatkan imej bandaraya secara berperingkat dibawah kepimpinan Mayor baru, Pn. Noorliza Awang Alip, termasuk menangani isu pendatang haram dan pendatang tanpa kewarganegaraan serta isu setinggan, puji Dexter Chin, Naib ketua Pemuda.

Beliau menekankan bahawa, untuk memastikan rakyat mematuhi undang-undang, perkara berkaitan aktiviti haram harus dibasmi dengan efektif terlebih dahulu.

“Strategi mayor baru berada di landasan yang betul. Jika agensi penguatkuasaan tidak mengendahkan aktiviti penempatan haram ini, orang awam sudah pasti tidak menerimanya, lebih parah lagi, ia akan merosakan imej bandaraya dan menyebabkan masalah sosial dan kesihatan yang lain.

Chin, yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Pemuda Perikatan Nasional berkata, penghuni setinggan sedar bahawa kediaman mereka meragukan, mereka mungkin menolak untuk melaporkan diri kepada pihak berkuasa walaupun mereka mengalami simptom.

Beliau mendedahkan bahawa Pemuda SAPP begitu aktif mengenalpasti dan menyalurkan maklumat berkenaan penempatan haram di sekitar kawasan kepada DBKK, kini ia menampakan hasil yang memberangsangkan.

Chin berkata, bilangan penempatan haram melambung tinggi di Kota Kinabalu beberapa tahun kebelakangan ini termasuk bukit di belakang SJKC Che Hwa Kolombong, kawasan tersebut bertentangan dengan Sabah Trade Center, Tanjung Lipat dan tanah bertentangan dengan Pejabat Jabatan Cetak Negeri Sabah.

DBKK mengumumkan pelancaran “Ops Roboh” Rabu dan Khamis lalu (17 & 18 March) dimana sebanyak 85 rumah di penempatan haram dirobohkan bagi mengekang masalah sosial seperti kejadian curi air, penyambungan elektrik secara haram, dadah dan perjudian. DBKK juga mengumumkan bahawa akan mengambil tindakan secara berterusan selaras dengan undang-undang pada beberapa lagi penempatan haram yang dikenalpasti.

Pada 04 March, DBKK melancarkan “Ops Bangau” bagi menangani 132 orang Palauh (Gipsi laut tanpa kewarganegaraan berasal dari pantai timur Sabah) yang tinggal di Sembulan.-pr/BNN