KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mengumumkan Bantuan Sabah
Prihatin 3.0 COVID-19 berjumlah RM154,835,981 juta membabitkan bantuan tunai
one-off RM300 dan bakul makanan bagi membantu rakyat terjejas akibat
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, bermula 1 Jun lalu.
Bantuan one-off RM300 melibatkan jumlah RM120,469,481 dan bantuan bakul
makanan bernilai RM34,366,500 juta.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata bantuan one-off RM300
itu membabitkan seramai 370,432 penerima manakala bantuan bakul makanan
adalah sebanyak 343,665.
Katanya, Bantuan Sabah Prihatin 3.0 itu adalah bantuan tambahan kepada
RM238,369,318 juta yang sudah diagihkan menerusi Bantuan Sabah Prihatin 1.0
dan 2.0, sejak hujung tahun lalu.
“Mesyuarat Kabinet Negeri. pada 9 Jun 2021 telah memutuskan pemberian
Bantuan Khas 3.0 COVID-19. Bantuan Kerajaan Negeri ini adalah tambahan
kepada pelbagai jenis bantuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan
kepada rakyat baru- baru ini termasuk Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM2.1
bilion serta Geran Khas Prihatin sebanyak RM1.5 bilion kepada perusahan kecil
dan sederhana (PKS).
“Dengan penambahan bantuan 3.0 ini, secara keseluruhannya sejumlah
RM358,838,800 juta termasuk bantuan awal (bantuan 1.0 dan 2.0) telah dan akan
diagihkan kepada rakyat yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik ini.
Saya berharap bantuan ini (Bantuan Sabah Prihatin 3.0) akan membantu
meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik ini,” katanya selepas
mendengar Taklimat Pengurusan Keselamatan Dalam Tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi Bantuan Sabah Prihatin 3.0 yang
diagihkan dalam masa terdekat yang merangkumi pembayaran secara tunai one-
off RM300, pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan bantuan kepada
pelajar institusi pengajian swasta dan awam.
2
Katanya, Bantuan Sabah Prihatin itu akan diagihkan menerusi lapan kementerian,
selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)
kepada golongan sasaran masing-masing.
“Mereka yang akan menerima bayaran itu antaranya ialah penerima e-Kasih,
miskin tegar, miskin, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, petani, orang kelainan
upaya, pemandu pelancong, pemandu teksi dan penjaja, kecil, usahawan mikro
dan kotej,” katanya.
Bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sebanyak RM45,612,200 juta
diperuntukkan untuk bantuan one-off RM300 kepada 153,914 penerima bagi
kategori miskin, miskin tegar dan e-kasih.
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar pula menerima
peruntukan sebanyak RM2,879,500 juta untuk diagihkan kepada 3,325 penerima
yang membabitkan pemandu pelancong, pengiat seni, dive master, malim
Gunung, porter, hotel, pengusaha pelancongan dan Persatuan Inap Desa.
Manakala untuk hotel dan penginapan pula, bagi hotel bertaraf empat dan lima
bintang masing-masing akan menerima RM5,000 dan hotel bertaraf tiga, dua serta
satu bintang sebanyak RM2,000; penginapan bertaraf tiga, dua dan satu Orkid
(RM2,000); Persatuan Homestay atau Inap Desa (RM1,000) dan hotel yang belum
mendapat penarafan (RM1,000) serta pengusaha Pelancongan (RM2,000).
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat pula
menerima peruntukan sebanyak RM19,334,700 yang akan diagihkan secara tunai
one off kepada 64,449 penerima merangkumi golongan sasaran daripada Jabatan
Perkhidmatan Kebajikan Am; Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM).
Bagi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Skim Bantuan Am, ia membabitkan
skim bantuan am; bantuan anak yatim; bantuan orang tua; orang kelainan upaya
(OKU) dan bantuan kanak-kanak manakala Jabatan Hal Ehwal Wanita adalah
bantuan kepada ibu tunggal dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan
bantuan veteran ATM.
Kementerian Pembangunan Perindustrian pula diperuntukkan sebanyak
RM2,880,000 juta untuk bantuan one off membabitkan seramai 9,600 penerima
kategori usahawan mikro dan kotej.
Bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pula, sebanyak
RM15,120,765 juta diperuntukkan untuk bantuan one off kepada 16,153 penjaja
kecil dan pengurusan PPR yang membabitkan pengecualian bayaran sewa
selama tiga bulan.
Kementerian Kerja Raya menerima peruntukan sebanyak RM1,156,500 juta untuk
diagihkan secara tunai one off kepada 3,855 penerima yang membabitkan
pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baru.
Kategori nelayan, petani, pekebun kecil sawit (MPOB), pekebun kecil koko,
pekebun kecil Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), penternak dan pekebun3
kecil Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) yang membabitkan
seramai 99,902 penerima turut menerima bantuan one off menerusi peruntukan
sebanyak RM29,970,600 juta daripada Kementerian Pertanian dan Perikanan.
Pejabat Tugas-Tugas Khas pula memperuntukkan sebanyak RM1,500,000 juta
untuk bantuan kepada pelajar Institusi Pengajian Swasta / Awam manakala
Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan RM500,000 untuk bantuan
Prihatin Dapur Belia 4.0 Majlis Belia Sabah yang membabitkan 15,000 penerima.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pula menerima peruntukan sebanyak
RM1,515,216 juta untuk bantuan one off kepada 4,234 penjaja kecil dan juga
pengurusan PPR yang merangkumi pengecualian bayaran sewa selama tiga
bulan untuk PPR Taman Keramat, Putatan (432 unit) dan Taman Kurnia Jaya,
Likas (46 unit). -pr/BNN